Muzium Padi mempunyai 3 aras di dalamnya. Aras pertama menjadi tempat pameran kepada pengunjung yang datang. Pada aras ini, pelancong boleh melihat pelbagai peralatan yang digunakan dalam bersawah padi, peralatan memproses padi dan sebagainya. Apa yang menarik di aras pertama ini ialah pameran-pameran alatan yang digunakan dalam penanaman dan pemprosesan padi dari zaman dahulu hingga zaman moden sekarang dipamerkan di sini.
Antara peralatan yang dipamerkan pada aras pertama
Kedai Cenderamata
Tidak lengkap pulang dengan tangan kosong, pengunjung juga boleh membeli cenderamata daripada Muzium Padi ini. Pada aras ini juga, terdapat kedai cenderamata bagi pengunjung untuk mengabadikan kenangan mereka di sini. Terdapat pelbagai cenderamata menarik yang dijual dengan harga yang berpatutan.